Sheriff kutip RM6.4 juta selepas lebih dua hari tayangan - Utusan Malaysia

Sheriff kutip RM6.4 juta selepas lebih dua hari tayangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Filem Sheriff merekodkan jumlah kutipan memberangsangkan iaitu sebanyak RM6.4 juta selepas lebih dua hari ditayangkan.

Perkembangan itu dikongsikan syarikat penerbit, Astro Shaw menerusi satu perkongsian di media sosial  hari ini.

“Alhamdulillah. Sokongan engkau orang memang mantap! Baru tiga hari tayangan sudah mampu raih RM6.4 juta!

“Terima kasih atas sokongan engkau orang semua dan mana yang masih belum tengok, tunggu apa lagi. Jom kita serbu panggung ramai-ramai,” kongsi wakil syarikat berkenaan di Instagram.

Filem yang diarahkan Syafiq Yusoff itu menceritakan tentang usaha pihak berkuasa menumpaskan kegiatan sindiket dadah yang semakin berleluasa.

Selain Zul Ariffin, filem berkenaan turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Elizabeth Tan, Azira Shafinaz dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya