SC, IsDB meterai kerjasama inovasi kewangan Islam

SC, IsDB meterai kerjasama inovasi kewangan Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bank Pembangunan Islam (IsDB) bagi meningkatkan pembangunan kapasiti, perkongsian pengalaman dan pelaksanaan projek teknikal secara bersama antara kedua-dua pihak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, MoU itu adalah kesinambungan lawatan beliau ke Pejabat IsDB tahun lalu di Jeddah, Arab Saudi.

“Insya-Allah, MoU ini berupaya meningkatkan pembangunan kapasiti, perkongsian pengalaman dan pelaksanaan projek-projek teknikal secara bersama antara SC dan IsDB, khususnya bagi memudah cara inovasi dalam teknologi kewangan Islam, menggalakkan aliran pelaburan asing ke dalam pasaran swasta dan pembangunan kewangan sosial Islam.

“Usaha ini juga sejajar dengan matlamat Ekonomi Madani untuk memastikan Malaysia menerajui kewangan Islam di peringkat dunia,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Anwar memaklumkan, beliau mengadakan mesyuarat bersama Presiden dan Pengerusi Bank IsDB, Dr Muhammad Al Jasser pada hari terakhir lawatan kerja ke Riyadh.

Katanya, perbincangan itu tertumpu pada usaha mengeratkan kerjasama antara Malaysia dan IsDB terutama peranan Centre of Excellence IsDB di Kuala Lumpur untuk inovasi kewangan Islam.

“Ini selaras dengan peranan Malaysia yang sejak sekian lama telah menerajui pembangunan kewangan Islam, khususnya dalam aspek pembangunan produk kewangan Islam yang setanding produk kewangan konvensional.

“Saya tegaskan kepentingan untuk mengembangkan usaha menerusi pembangunan produk kewangan Islam baharu berdasarkan prinsip Maqasid syariah yang mengutamakan keadilan dan perkongsian risiko serta pulangan yang saksama,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya