Saya memerlukan tujuh peguam - Hafizul

Saya memerlukan tujuh peguam – Hafizul

Hafizul Harawi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: “Saya akan beri kerjasama kepada pihak polis,” kata Hafizul Harawi, 38, yang ditahan bagi membantu siasatan kes tembak di Balai Ketibaan Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, kelmarin.

Hafizul yang kelihatan tenang, turut memberi salam kepada pihak media sebaik sahaja tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu, hari ini.

“Saya akan beri kerjasama kepada pihak polis. Saya memerlukan tujuh peguam dalam kes ini,” ujarnya.

Terdahulu, Hafizul yang memakai baju lokap berwarna ungu dan pelitup muka tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 8.27 pagi dengan dikawal ketat oleh anggota polis.

Lelaki itu direman tujuh hari bermula hari ini hingga Isnin depan untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, seorang lelaki yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 KLIA , ditahan di Kota Bharu semalam, selepas 36 jam diburu polis.

Terdahulu, lelaki tersebut telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang pengawal peribadi dalam kejadian pukul 1.20 pagi Ahad lalu.

Wanita yang menjadi sasaran dalam insiden itu terselamat dan pihak polis memaklumkan kejadian bermotifkan perihal peribadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN