‘Saya lihat tangan isteri tergapai-gapai’  

‘Saya lihat tangan isteri tergapai-gapai’  

AHMAD SURIADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: “Saya lihat tangan isteri tergapai-gapai seakan-akan meminta tolong untuk diselamatkan.”

Itu merupakan kali terakhir Ahmad Suriadi, 40, melihat isteri serta tiga anaknya sebelum  dibawa arus dalam kejadian kepala air di Sungai Kota Perdana, Seri Kembangan, semalam. 

Menceritakan detik cemas itu, dia berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang ketika hujan lebat. 

Katanya, dia pertama kali datang ke saliran tersebut bersama-sama isteri dan tiga untuk menjala kira-kira 3 petang. 

“Hujan lebat tiba-tiba turun, jadi saya mahu pulang, namun isteri enggan, minta mahu menjala lagi.

“Tiba-tiba arus deras hingga saya tergelincir sebelum melihat isteri dan tiga anak dibawa arus,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian. 

Menurut Ahmad Suriadi, dia sempat berpaut pada pokok untuk menyelamatkan diri manakala anak kedua berusia sembilan tahun diselamatkan orang awam. 

“Anak yang selamat itu dalam keadaan baik, namun dia agak trauma. 

“Anak sulung dan isteri ditemukan meninggal dunia dan saya berharap anak bongsu dapat dijumpai tidak lama lagi,” ujarnya. 

Media semalam melaporkan kegembiraan lima beranak berakhir tragedi apabila empat daripada mereka dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan dalam kejadian kepala air di sebuah sungai di Jalan KP 4/9 Kota Perdana, di sini.

Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada 4.35 petang daripada bapa mangsa yang memaklumkan terdapat tiga kanak-kanak (dua lelaki dan satu perempuan) dan seorang wanita dewasa lemas di sungai.

Seorang mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat sekitar pukul 5 petang oleh orang awam manakala seorang lagi berusia 10 tahun ditemukan 7 malam tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN