KUALA LUMPUR: Saksi utama pendakwaan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, beliau tidak mendedahkan nama Lim Guan Eng dalam siasatan terhadap ahli perniagaan, G. Gnanaraja kerana siasatan khas sedang dijalankan terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli, 65, berkata, beliau memberi pernyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2018 berhubung siasatan terhadap Gnanaraja berkaitan kes penipuan manakala Guan Eng disiasat berhubung kes rasuah…