Raya? Anak-anak gembira sahaja, tak tanya pasal Aliff - Bella Astillah - Utusan Malaysia

Raya? Anak-anak gembira sahaja, tak tanya pasal Aliff – Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Kalau pasal raya, anak-anak gembira sahaja. Sebab mereka rapat dengan saya. Mereka juga tidak bertanya apa-apa tentang Aliff.”

Demikian jawapan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah ketika ditanya sambutan raya bersama anak-anak terutama selepas ‘berpisah’ dengan suaminya, Aliff Aziz.

Jelas Bella, anak-anaknya kelihatan gembira dan meraikan hari kemenangan dengan keluarganya malah teruja apabila menerima duit raya daripada rakan-rakan yang datang ke rumah.

“Mereka tiada masalah pun. Saya mengalihkan perhatian mereka dengan bermain bunga api dan melakukan aktiviti menyeronokkan di hari raya.

“Lagipun ramai rakan-rakan saya datang rumah, bagi duit raya. Lagilah mereka gembira. Mereka juga rapat dengan atuk dan nenek serta saudara belah saya. Jadi hari raya meriah seperti biasa,” katanya.

Pemilik nama penuh, Dayang Ara Nabeela Awang Astillah, 30, itu berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, NurJiwa Foundation, petang semalam.

Ditanya adakah Aliff ada menghubungi anak-anak sempena sambutan lebaran kali iniu, Bella menjawab;

“Saya tak boleh komen lanjut sebab saya tak pasti sama ada dia ada hubungi keluarga atau tidak. Selepas ke mahkamah, saya memang tak jumpa atau berhubung dengan dia.

“Bukan tak mahu jumpa tetapi belum berkesempatan. Saya terlalu sibuk dan minggu depan saya akan ke China untuk kempen bersama jenama Cherry selama 10 hari. Kerja back to back,” ujarnya.

Kemelut rumah tangga Bella dan Aliff sampai ke kemuncaknya selepas lelaki itu ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersama pelakon, Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Ibu kepada Ayden Aderean,7 dan Ara Adreana, 4, itu kemudian memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya