Rakyat Malaysia memang dermawan, tapi perlu berhati-hati – Farah Lee - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia memang dermawan, tapi perlu berhati-hati – Farah Lee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Aktivis sosial, Farah Lee tampil bersuara berhubung seorang selebriti Korea Selatan yang dikhabarkan membuat kutipan dana awam bagi tujuan membina masjid di sebuah bandar di negara tersebut.

Menerusi perkongsian di Instagram, Farah Lee menyatakan pengumpulan sumbangan melalui akaun bank persendirian secara jelas adalah salah di sisi undang-undang Korea Selatan jadi sekiranya ini adalah penipuan agak sukar untuk dapatkan semula dana yang diberi.

“Saya sudah terlibat dengan program dan komuniti dakwah Korea sejak 2011 lagi, sehingga kini sewa ruang untuk aktiviti dakwah sangat sukar, jadi untuk pembinaan masjid di sana sangat mustahil,” tulisnya.

Kata Farah, pegawai dari Jung-gu di Incheon turut menyatakan tanah tersebut hanya ditandatangan oleh selebriti itu dan masih belum pindah milik malah pembinaan masjid boleh dibangunkan tetapi keadaan semasa untuk dapatkan kebenaran agak sukar

“Hal ini berikutan tanah tersebut berada dalam kawasan hijau semula jadi dengan nisbah bangunan ke tanah sebanyak 20 peratus dan nisbah kawasan lantai mencecah 80 peratus.

“Walaupun dapat kebenaran untuk bina masjid, tapi saiz akan kecil dianggarkan antara 65 hingga 100 meter persegi,” katanya.

Dalam pada itu, Farah Lee menyatakan bahawa selebriti Korea itu pernah memaklumkan kepada wartawan JBTC, dia merancang bangunan yang bakal dibina untuk kegunaan ‘content’ dan mungkin untuk ruang solat.

“Sebagai seorang yang terlibat secara aktif dalam projek amal, saya tekankan untuk buat pengumpulan dana dengan kerjasama Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar.

“Ini bagi memastikan perngurusan dana yang teliti dan audit dana yang telus. Saya faham rakyat Malaysia sangat dermawan. Bukan itu sahaja, kita sentiasa menyokong dakwah Islam, tetapi kita perlu berhati-hati untuk elak dari tertipu,” tulisnya.

Sebelum ini, selebriti Korea yang bergiat aktif di YouTube itu didakwa memukul isteri dan mabuk di kelab malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya