Raja Perlis terima kunjungan Sultan Selangor - Utusan Malaysia

Raja Perlis terima kunjungan Sultan Selangor

TUANKU Syed Sirajuddin Jamalullail dan Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan menerima kunjungan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj serta Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin di Balai Menghadap Hijau, Istana Arau, semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan menerima kunjungan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj serta Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin di Balai Menghadap Hijau, Istana Arau, semalam.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin turut diiringi Tengku Syarif Panglima Perlis, Tan Sri Syed Zainol Anwar Jamalullail dan Tengku Puan Panglima Perlis, Tengku Puteri Norzehan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj .

Berangkat menyambut keberangkatan tiba dan seterusnya mengucapkan selamat berangkat pulang kepada baginda berdua di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Majlis turut diserikan lagi dengan majlis santapan tengahari bersama duli-duli tuanku.

Sesi pertemuan yang bermula pukul 12 tengahari itu berakhir kira-kira pukul 2.50 petang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya