PM dijangka pengerusikan mesyuarat isu agihan peruntukan MP pembangkang

PM dijangka pengerusikan mesyuarat isu agihan peruntukan MP pembangkang

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada petang ini bagi membincangkan isu pengagihan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Difahamkan, semua pimpinan tertinggi parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan dijangka menghadiri mesyuarat itu yang difahamkan berlangsung pada pukul 5.30 petang ini di Kompleks Seri Perdana, di sini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan, Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu berkenaan.

Ia susulan perjumpaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) dengan beliau di Parlimen pada 19 Mac lalu.

Perjumpaan itu membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; dan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN