Peruntukan pembangkang dibincang Rabu ini – Fadillah

Peruntukan pembangkang dibincang Rabu ini – Fadillah

Fadillah Yusof bergambar bersama tetamu pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dianjurkan beliau di Kuching semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tuntutan peruntukan oleh wakil rakyat pembangkang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada Rabu ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini susulan pertemuan beliau dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen pada 19 Mac lalu.

“Saya maklumkan kepada mereka, perkara ini akan di­bawa ke peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan untuk kita kemukakan apa yang dihasratkan oleh pembangkang,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran beliau di Kuching semalam.

Menurut beliau, selain Hamzah, pertemuan tersebut turut disertai Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Terdahulu, pada 24 Mac, Fadillah berkata, draf perjanjian berkaitan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang dengan kerajaan Madani tidak wujud seperti didakwa Pemimpin Perikatan Nasional (PN).

PERUNTUKAN

Sementara itu, Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berharap kerajaan tidak meletakkan terlalu banyak syarat dan menekan untuk me­nyalurkan peruntukan.

Beliau berkata, ini kerana wakil rakyat pembangkang juga dipilih rakyat dan kerajaan tidak perlu meletakkan syarat tidak adil untuk menyalurkan peruntukan kepada rakyat.

“Saya harap tanpa syarat yang tidak adil kepada de­mokrasi dan rakyat yang un­di kami,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang itu menjadi isu selepas kerajaan hanya menyalurkan peruntukan kepada blok kerajaan.

Sedangkan peruntukan sa­ma rata antara wakil kerajaan dan pembangkang itu antara yang dijanjikan oleh mereka dalam pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.

Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini meminta wakil pembangkang berbincang dengan Fadillah yang dilantik bagi membincangkan perkara tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN