PETALING JAYA: Polis dalam tindakan memperoleh maklumat daripada ahli keluarga dan kenalan Hafizul Harawi yang melarikan diri selepas melepaskan dua das tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, maklumat itu adalah penting bagi mengesan kedudukan dan keberadaan Hafizul. Kata beliau, setakat ini, usaha mengesan lelaki berkenaan masih giat dilakukan termasuk mengenal pasti lokasi-lokasi yang berkemungkinan suspek tuju untuk bersembunyi. “Kita akan kumpul maklumat yang diperlukan bagi mengesan keberadaannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. Ditanya mengenai dakwaan mengatakan keberadaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya