KOTA KINABALU: Keputusan mengenai Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah akan diumumkan dalam masa yang singkat. Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah berunding dengan semua ketua cabang dan pandangan mereka akan dipertimbangkan sebelum keputusan dibuat. “Mereka telah berikan pandangan pelbagai tentang (MPN) dan saya akan berikan keputusan dalam masa yang singkat. Saya telah berunding dengan semua ketua cabang. “Mereka beri pandangan dan saya akan…