Pengawal peribadi parah ditembak lelaki di KLIA 1

Lelaki sasar tembak isteri di KLIA, terkena pengawal peribadi

Gambar yang tular dalam media sosial berkaitan insiden tembakan di KLIA 1, awal pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki melepaskan tembakan terhadap isterinya menyebabkan seorang pengawal peribadi yang berada di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 di sini mengalami kecederaan parah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi itu, lelaki terbabit melepaskan dua das tembakan namun salah satu daripadanya terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan awal mendapati lelaki tersebut sebenarnya mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang berada di lokasi berkenaan yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah. 

“Bagaimanapun tembakan berkenaan mengenai seorang individu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum suspek kemudiannya bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Kata beliau, motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis dan diklasifikasikan sebagai kes cubaan bunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

“Kita juga menyiasat kes berkenaan di bawah Akta Senjata api,” jelasnya.

Hussien berkata, identiti suspek telah dikenal pasti dan operasi mengesan lelaki berkenaan giat dilakukan.

Kata beliau, suspek dipercayai telah melarikan diri ke arah utara.

“Kejadian yang berlaku adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan atau mana-mana kumpulan. Bagaimanapun, keadaan di KLIA adalah terkawal dan selamat,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN