GERIK: Pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit, Pengkalan Hulu di lokasi baharu akan dimuktamadkan bulan hadapan. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, setakat ini beberapa lokasi dicadangkan kerajaan Perak bagi pembinaan ICQS yang mana ia lebih hampir dengan pintu sempadan negara, Malaysia-Thailand. “Secara dasarnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama kerajaan Perak telah pun mencapai persepakatan berkaitan perkara itu. “Ada beberapa lokasi yang dicadangkan…