PETALING JAYA: Pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu dilaksanakan melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pilihan Raya agar proses tersebut diteliti secara inklusif dan demokratik oleh Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dalam satu kenyataan berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Persekutuan tidak boleh mengenepikan agenda reformasi pilihan raya. Katanya, ia susulan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh akan bersara…