GEORGE TOWN: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang masih membantah projek transit aliran ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang perlu melihat manfaat projek itu terutama dari segi pembangunan sosioekonomi terhadap rakyat bagi jangka panjang. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, projek tersebut telah melalui pelbagai proses serta sesi libat urus yang lama dan kini tiba masa untuk pelaksanaannya. “Projek ini telah melalui sesi libat urus dan lain-lain proses melibatkan pandangan awam…