Nak cantik tapi berhutang dengan orang - Utusan Malaysia

Nak cantik tapi berhutang dengan orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELIK juga dengan perangai sesetengah manusia ini. Kalau hendak berhias cantik, biarlah ukur di badan sendiri. 

Samalah konsepnya jika nak pakai itu ini, nak beli itu ini. Kalau tak mampu, tak usah buat. 

Itu pandangan Cik Bungalah. Tetapi lain pula hal dan pandangan pelakon yang seorang ini. Nak melawa, nak cantik tak payah cakaplah. 

Tetapi, kedekutnya boleh tahan juga. Sampaikan ada antara jurusolek terkemuka tanah air mengadu pada Cik Bunga, betapa geramnya bila artis itu asyik nak minta tajaannya setiap kali pelakon itu hadir ke majlis hiburan atau apa sahajalah. 

Aik? Nama pun pelakon dan ada kerja, pastinya bergaji. Tak akanlah setiap kali nak minta tajaan semata? Bak kata jurusolek itu “ingat bedak kita ini semua beli dengan air liur ke?” 

Lebih kurang begitulah ayat dia. Nampak benar macam dah lama pendam di hati. 

Kata jurusolek itu, dia pernah sahaja sindir pelakon tersebut dalam nada gurauan sebab masih nak jaga hati dan air muka si pelakon. 

Tetapi macam tak masuk otak dia agaknya. Buat-buat tak faham maksud si jurusolek sebab yang penting misinya untuk tak payah bayar duit khidmat solekan tercapai. 

Kalau Cik Bunga jadi si jurusolek itu, kita bagi sahaja invois terkumpul itu dan gesa bayaran dilunaskan. Tak payah beri muka sangat sebab kerja adalah kerja.  Kata profesional? Tak gitu?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya