Nahas TLDM: Mendiang Joanna akan dikebumikan esok

Nahas TLDM: Mendiang Joanna akan dikebumikan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Jenazah mendiang Joanna Felicia Rohna, salah seorang kru wanita yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, dijangka akan dikebumikan esok.

Menurut sumber, mendiang akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian, Kampung Engkaroh kira-kira dua kilometer dari rumah mangsa.

Terdahulu, dilaporkan jenazah mangsa akan tiba di Pangkalan Udara Kuching pada jam 8:15 malam ini menggunakan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Seterusnya, mangsa akan terus dibawa ke rumah mendiang bagi memberi penghormatan terakhir di Kampung Engkaroh, Tebakang bahagian Serian.

Joanna Felicia yang sudah berkahwin dan memiliki dua orang anak, antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang TLDM ke-90.

Nahas itu menyebabkan 10 pegawai dan anggota TLDM ter­ma­suk tiga wanita dari Skuadron 502 berpangkalan di Lumut dan Skuadron 503 berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah terkorban.

Dua pesawat itu model Fennec dan HOM AW139 yang berlepas dari Padang Sitiawan kira-kira pukul 9.03 pagi dipercayai bertembung ketika mela­kukan latihan penerbangan sebelum terhempas.

Pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM, manakala HOM AW139 di Stadium TLDM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN