MCMC rakam percakapan pengendali akaun MyNewsHub

MCMC rakam percakapan pengendali akaun MyNewsHub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam percakapan pengendali akaun media sosial MyNewsHub di ibu pejabat MCMC, Cyberjaya, Selangor kira-kira jam 8:40 malam semalam.

Rakaman percakapan tersebut susulan tindakan suspek yang memuat naik klip video lama dengan teks yang menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial.

“Pegawai penyiasat juga menyita kad sim dan satu unit telefon bimbit milik suspek yang digunakan untuk memuat naik video berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Terdahulu tular di media sosial berikutan video berdurasi 1 minit 10 saat dengan tajuk, “Tanya pasal kuarters jer dh kene mcm tu depan KSN!!”.

Berdasarkan kenyataan media Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), video tersebut merupakan simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan dengan situasi serangan provokatif.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Orang ramai juga diingatkan agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN