Masyarakat Islam Malaysia sambut raya esok - Utusan Malaysia

Masyarakat Islam Malaysia sambut raya esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Umat Islam di Malaysia menyambut Aidilfitri esok, Rabu bersamaan 10 April 2024.

Ketetapan itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi selepas aktiviti cerapan anak bulan dibuat di di seluruh negara, petang ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada Rabu, 10 April 2024,” katanya.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan, sebentar tadi.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bertanggungjawab menjalankan titah perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenankan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja membuat pengumuman tarikh puasa dan dua hari raya menerusi RTM.

Terdapat tiga kaedah diguna pakai oleh negara Islam bagi penentuan awal bulan hijriah, iaitu Rukyah Hakiki, Hisab Hakiki serta Rukyah dan Hisab berpandukan Kriteria Imkanur Rukyah (KIR). Malaysia mengguna pakai Rukyah dan Hisab berpandukan KIR. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN