PUTRAJAYA: Malaysia mengalu-alukan hasil siasatan laporan akhir penilai bebas yang menolak dengan tegas tuduhan Israel mengaitkan penglibatan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dengan organisasi-organisasi pengganas. Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan memaklumkan, Israel secara berterusan menyebarkan propaganda penipuan, tipu daya dan gambaran yang salah mengenai fungsi dan aktiviti-aktiviti UNRWA. Jelas Wisma Putra, tuduhan yang tidak berasas oleh Israel bukan sahaja memburukkan reputasi organisasi berkenaan, malah menyebabkan beberapa negara…










