ALOR SETAR: Wanita yang ditemukan meninggal dunia di atas sejadah di rumahnya sempat menyiapkan ketupat sejuk beku untuk disajikan kepada ahli keluarganya pada Aidilfitri tidak lama lagi. Muhammad Fazli Adnan, 33, berkata, arwah ibunya, Manirah Rafiee, 59, dipercayai menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit jantung yang dihidapinya selain pernah membuat pembedahan pintasan jantung sebelum ini. Ujarnya, ibu ditemukan oleh sepupunya yang pergi memeriksa keadaan arwah selepas tidak membalas mesej di WhatsApp…