PETALING JAYA: Kes bekas pemain bola sepak Sabah FC, Mohd. Rizal Mohd. Ghazali yang didakwa memukul teman wanitanya dan merosakkan telefon bimbit wanita itu di sebuah hotel dibicarakan bermula 1 Julai ini. Ia selepas representasi untuk menggugurkan kedua-dua pertuduhan yang dihadapi pemain pertahanan Kedah Darul Aman (KDA) FC itu ditolak Jabatan Peguam Negara (AGC). Surat representasi tersebut dihantar ke AGC pada 6 Februari lalu. “Pendakwaan mendapat arahan agar pertuduhan diteruskan dengan perbicaraan dan pernyataan-pernyataan akan dikemukakan jadi saya mohon satu tarikh perbicaraan,” ujar Timbalan Pendakwa Raya, Siti Maryam Md. Kamal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya