KUALA LUMPUR: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) melalui kedutaannya di sini berjaya membatalkan perintah Mahkamah Perusahaan yang mengarahkannya membayar RM66,000 kepada bekas pengawal keselamatan kedutaan terbabit yang didakwa dipecat secara salah, 16 tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas mendapati pemohon (kerajaan AS) dan kedutaannya mempunyai imuniti dan oleh itu terlindung daripada bidang kuasa Mahkamah Perusahaan berkait tuntutan L. Subramaniam mengikut Seksyen 20 (3) Akta Perhubungan Perusahaan…