CYBERJAYA: Pegawai penyiasat menyita kad sim dipercayai milik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman serta satu unit telefon bimbit yang digunakan untuk memuat naik video kontroversi teaser Hari Raya bagi membantu siasatan. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya telah merakam percakapan usahawan kosmetik itu di ibu pejabat suruhanjaya ini dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM). Katanya, rakaman percakapan ini adalah susulan aduan yang diterima oleh MCMC berhubung…










