IPOH: Pelajar Malaysia di New Zealand yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya kelmarin, Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni, 21, akan dikebumikan di negara tersebut. Perkara itu disahkan bapanya, Megat Irman Jefni yang berada di negara itu untuk urusan jenazah anaknya. Bercakap kepada Utusan Malaysia, katanya, tarikh upacara pengebumian belum dapat diberikan kerana baru sampai di negara itu. “Jenazah akan dikebumikan New Zealand. Beberapa ahli keluarga terdekat juga dalam…










