KULAI: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan terdapat sekurang-kurangnya tiga buah kilang pemprosesan tayar terpakai beroperasi secara mencurigakan tanpa mengikut prosedur pengoperasian di daerah ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarahnya, Dr. Mohd. Famey Yusoff berkata, pihaknya akan membuat semakan dan pemantauan bagi mengesahkan laporan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia, baru-baru ini. Bagaimanapun, beliau mengakui pihaknya tidak menerima sebarang laporan sebelum ini tentang operasi kilang berkenaan. “Setakat…










