Jangan sentuh Dini, saya tak kisah masuk penjara - Janna Nick - Utusan Malaysia

Jangan sentuh Dini, saya tak kisah masuk penjara – Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Siapa berani sentuh Dini, saya tak kisah masuk penjara. Jangan main gila dengan Janna Nick.”

Demikian kenyataan pelakon dan pengacara, Janna Nick yang turut merasa khuatir apabila diari seni hiburan tanah air sejak kebelakangan ini dipenuhi dengan lambakan kisah rumah tangga berantakan dan penyondolan.

Tegas Janna, di kala dia sedang menikmati kebahagiaan rumah tangga bersama pelakon, Dini Schatzmann, ada kala timbul rasa risau jika satu hari nanti mahligai yang dibina diuji oleh Tuhan.

“Sejujurnya, kita yang sudah berumah tangga, ada perasaan takut jika terpalit juga. Nak mengata orang pun takut sebab kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa hadapan.

“Macam saya dengan Dini, setiap hari buat TikTok, berseronok mesra. Apabila orang puji sangat, jujur ada kala saya takut kalau tiba-tiba Allah SWT uji kami,” ujarnya.

Dalam pada masa sama, penyanyi lagu Akan Bercinta itu juga memberi amaran kepada mana-mana individu untuk tidak mengganggu kebahagiaan rumah tangganya dengan suami tercinta.

“Dalam fasa yang saya sedang gembira dan Dini sahaja kebahagiaan saya. Jangan ganggu kami!” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya