Dua beregu Malaysia terkandas di suku akhir Terbuka Thailand

Dua beregu Malaysia terkandas di suku akhir Terbuka Thailand

Yap Roy King (kanan) bersama Wan Arif Junaidi (kiri)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemaraan dua beregu lelaki negara terhenti di suku akhir selepas kecundang di tangan lawan masing-masing pada Kejohanan Badminton Terbuka Thailand di Bangkok, Thailand, sebentar tadi.

Pasangan yang menghuni ranking ke-28 dunia, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri tewas kepada beregu Taiwan, Lu Che Ming-Tang Kai Wei 18-21, 21-15, 18-21 dalam masa 1 jam 6 minit.

Kerap melakukan kesilapan sendiri dan membiarkan lawan melancarkan serangan untuk mengutip mata demi mata menjadi punca kepada kekalahan Hon Jian-Haikal.

Sementara itu, Arif Junaidi-Yap Roy King yang berada di tangga ke-64 dunia bukanlah lawan kepada beregu No. 3 dunia, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India apabila mereka tunduk mudah 7-21, 14-21 dalam masa 38 minit.

Kekalahan itu menyaksikan pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia menjadi wakil tunggal negara mara ke separuh akhir.

Untuk Hon Jian-Haikal dan Arif-Roy King, mereka sudah boleh melupakan kekalahan tersebut dan memikirkan pula cabaran di laman sendiri pada Malaysia Masters yang bermula Selasa minggu depan di Axiata Arena Bukit Jalil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×