Isu stoking: Kertas siasatan Akmal  dirujuk AGC minggu depan

Isu stoking: Kertas siasatan Akmal  dirujuk AGC minggu depan

israel
Razarudin Husain
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kertas siasatan terhadap Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkaitan ucapan dan tindakannya yang mempunyai elemen  stoking tertera kalimah Allah dijual di KK Super Mart sedang dilengkapkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, keterangan Akmal sudah diambil semalam tetapi dalam proses itu dilengkapkan sepenuhnya.

“Kita sedang lengkapkan kertas siasatan dan dalam masa lima hari kita akan hantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Utusan Malaysia semalam melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menjalankan siasatan terhadap Ketua Pemuda UMNO berkenaan.

PDRM melakukan siasatan ke atas ahli politik itu selepas menerima dua laporan polis berkaitan ucapan dan tindakannya berhubung isu stoking.

Kes terhadap Akmal disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Terdahulu, Akmal menerusi Facebook rasminya memaklumkan beliau ditahan di Ibu Pejabat Daerah Kota Kinabalu.

Pada 13 Mac, tular dalam media sosial berhubung  stoking tertera kalimah ‘Allah’ dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik seorang pengguna. Pada 16 Mac, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart)  memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock.

Syarikat itu berkata, jualan stoking berkenaan telah dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN