PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan penahanan Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris atas kenyataannya yang didakwa mengaibkan Yang di-Pertuan Agong.
Razarudin memberitahu Utusan Malaysia, penahanan lelaki berkenaan susulan laporan polis yang diterima berkaitan video berhubung dakwaan tersebut.
Kata beliau, individu berkenaan ditahan di kediamannya di Setapak bagi membantu siasatan.
“Permohonan reman terhadap individu terbabit kini sedang dimohon dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 AKM 1998,” katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, Papagomo menerusi satu hantaran video berdurasi 2 minit 46 saat yang memaparkan kenyataannya terbabit berhubung isu KK Mart dan mempersoalkan tindakan Yang di-Pertuan Agong berjumpa dengan pemilik KK Mart.
Selain itu, dalam video terbabit turut membuat tuduhan menyatakan Yang di-Pertuan Agong yang mengarahkan Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, 45, dituduh di mahkamah di bawah Akta Hasutan. – UTUSAN








