Hati-hati individu menyamar ejen jualan bank - Polis

Hati-hati individu menyamar ejen jualan bank – Polis

RAMLI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai diingatkan supaya tidak melayan sebarang panggilan yang menyamar sebagai ejen jualan pihak bank dan meminta mangsa mendedahkan nombor kad pengenalan bagi tujuan pengesahan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, ejen ini akan menggunakan talian telefon bimbit untuk membuat panggilan kepada pelanggan bank seterusnya mereka akan meminta pengesahan kebiasaannya empat angka akhir kad pengenalan mangsa.

“Jangan ambil risiko kerana terbukti dengan hanya menjawab panggilan kurang 10 minit, mangsa boleh kerugian puluhan ribu ringgit.

“Ramai keliru apabila dihubungi oleh penjenayah kerana pihak bank juga menggunakan perkhidmatan ejen yang meminta pengesahan identiti menggunakan nombor kad pengenalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jelas beliau, pihak bank disarankan mencari kaedah lain yang lebih efektif untuk berurusan dengan pelanggan terutama melibatkan panggilan telefon. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN