PETALING JAYA: Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bakal mengadakan sambutan Hari Harta Intelek Nasional (HHIN) bermula semalam sehingga Jumaat ini. Program tersebut diadakan melalui webinar dan secara bersemuka di Menara MyIPO, Petaling Jaya Sentral di sini dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh disertai oleh orang ramai. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Komunikasi Korperat, Akhtar Sahari berkata, program itu bertujuan meningkatkan kesedaran awam berkenaan kepentingan harta intelek kepada masyarakat dan negara…