GERAKAN bertanding di DUN Kuala Kubu Bharu - Dominic

GERAKAN bertanding di DUN Kuala Kubu Bharu – Dominic

DOMINIC LAU HOE CHAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) mengumumkan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 11 Mei ini. 

Presiden GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, keputusan ini akan dibentangkan semasa mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) pada Isnin.

“Faktor utama pemilihan calon bagi GERAKAN ialah calon yang boleh membawa kemenangan kepada parti”, katanya dalam sidang media di Menara PGRM di sini, hari ini. 

Menurutnya, GERAKAN tidak melihat kepada kaum untuk memilih calon tetapi melihat kepada calon yang keupayaan untuk membantu dan menyumbangkan tenaga untuk menyelesaikan masalah tempatan. 

Mengulas lanjut, Dominic berkata, walaupun GERAKAN telah kalah pada pilihan raya lepas tetapi khidmat pusat mereka masih beroperasi di sana.  

“Dengan kelebihan yang ada ini, GERAKAN yakin akan mendapat mandat daripada PN untuk mewakili perikatan itu di Pilihan Raya Kecil (PRK) berkenaan,” jelasnya. 

Beliau pada masa sama berkata, GERAKAN akan bersedia untuk menyokong mana – mana parti yang dipilih mewakili PN untuk bertanding di situ.

Kerusi DUN Kuala Kubu Bharu sokong berikutan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong akibat kanser pada 21 Mac.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudiannya menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei, manakala 27 April sebagai hari penamaan calon. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN