Duit raya bukan wajib, satu cara sedekah sebenarnya - Diana Danielle - Utusan Malaysia

Duit raya bukan wajib, satu cara sedekah sebenarnya – Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Diana Danielle meluahkan rasa kesal dengan perkongsian segelintir individu yang mengeluh kerana mendapat duit raya dalam jumlah sedikit.

Hairan dengan situasi tersebut, jelas isteri kepada pelakon, Farid Kamil itu, duit raya bukanlah kewajiban sebaliknya hanyalah salah satu cara untuk bersedekah terutama di hari raya.

“Sekarang ini orang tak faham ke duit raya itu bukan wajib tetapi satu bentuk bersedekah yang ikut keikhlasan dan kemampuan seseorang itu.

“Seringgit ke seratus ke, nikmati sahajalah kemeriahan perayaan. Nak rasa entitled dan menghakimi sangat sudah kenapa.

“Sampai kata kalau banyak macam ini baik tak payah bagi. Ingat ini nafkah ke?” katanya.

Tambah aktres berusia 32 tahun itu lagi, dia sendiri teruja apabila menerima duit raya daripada bapa saudaranya biarpun berjumlah RM10.

“Rileklah, saya pun dapat duit raya RM10 dari pak cik hari itu sudah rasa berbunga hati. Lama tak dapat duit raya. Enjoy sahajalah, ini kerja tak puas hati memanjang,”katanya.

Perkongsian di aplikasi X tersebut mendapat reaksi pengguna media sosial yang bersetuju dengan ciapan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya