Duit penerbangan balik raya mahal, inikan pelajar, orang susah - Sherry Alhadad - Utusan Malaysia

Duit penerbangan balik raya mahal, inikan pelajar, orang susah – Sherry Alhadad

KUALA LUMPUR 6 DISEMBER 2023 - Sherry Al Hadad semasa Sidang media Program pertandingan nyanyian The Masked Singer Malaysia musim keempat yang diadakan di Vivatel Kuala Lumpur pada petang ini. / M Firdaus M Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara popular, Sherry Alhadad mengakui dilema setiap kali membeli tiket penerbangan yang mahal demi pulang beraya di Sarawak.

Jelas Sherry, dia pernah membeli tiket dengan harga RM2,000 seorang untuk perjalanan dua hala bersama ibunya.

“Saya terfikir-fikir nak balik kampung di Sarawak. Harga tiket sangat mahal tapi mak sudah beri gambaran untuk saya pulang.

“Mak saya berada di Kuala Lumpur, tetapi saudara mara semua masih di Sarawak, jadi kami harus pulang ke Kuching setiap kali raya.

“Saya selalu beli dua tiket termasuk untuk mak. Kalau saya pun sudah rasa terbeban, inikan pula pelajar dan orang yang tidak berkemampuan kais pagi makan pagi,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Mengenangkan raya adalah satu-satunya masa untuk sanak saudara berkumpul, Sherry akan memastikan wangnya cukup untuk membawa ibunya pulang setiap tahun.

“Tetapi saya fikir positif sahaja, kerana raya setahun sekali. Balik ke kampung juga dapat memberikan kegembiraan untuk keluarga dan saudara mara,” katanya.

Bercerita mengenai perbezaan beraya di Sarawak, pelakon Khunsa itu perlu menyediakan stok baju kurung yang secukupnya sepanjang lebaran.

“Kalau di sana, hari pertama sampai hari ketujuh, kita wajib pakai baju kurung.

“Kalau cerita fasal perbezaan pula, orang Sarawak suka hias rumah mereka dengan lampu yang warna-warni. Jadinya malam raya akan pergi rumah ke rumah tengok rumah mana yang lampunya paling meriah.

“Selain itu, setiap kampung akan berlawan dentuman meriam dan bunga api. Ketiga, sudah pasti Sarawak terkenal dengan kuih lapis, jadi setiap rumah wajib hidang kuih lapis,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×