Dua kes serangan buaya dalam tempoh sebulan di Kalabakan

Dua kes serangan buaya dalam tempoh sebulan di Kalabakan

Pertubuhan anak Sabah pertikai tuntutan yang dibuat Filipina ke atas Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Dua insiden serangan buaya dilaporkan berlaku dalam tempoh sebulan di Kalabakan hingga mengakibatkan nyawa manusia terkorban.

Datuk Hassan A. Gani P. Amir (Gagasan Rakyat-Sebatik) berkata, konflik manusia-haiwan yang tidak dibendung akan membawa ancaman kepada manusia seperti yang berlaku di Kalabakan.

Selain insiden serangan buaya, penduduk di Kalabakan juga berhadapan dengan konflik gajah-manusia. 

Jika dilihat beberapa insiden gajah berkeliaran hingga menyebabkan kerosakan harta-benda di kawasan penempatan dan memusnahkan tanaman kelapa sawit. Situasi itu menyebabkan pendapatan sosio-ekonomi penduduk terjejas.

“Dalam hasrat ingin melestarikan alam dan melindungi hidupan liar, sudah tentu saya selaku wakil rakyat berharap kementerian berkaitan menimbangkan atau memikirkan sesuatu berkenaan keselamatan rakyat yang diancam oleh hidupan liar ini.

“Berdasarkan senario-senario yang berlaku, saya ingin mengutarakan beberapa persoalan iaitu apa tindakan kerajaan bagi mengurangkan impak konflik gajah dan buaya khususnya di daerah Kalabakan.

“Apa pula inisiatif kerajaan dalam membantu pekebun kecil dan pekebun sawit yang terjejas akibat konflik gajah-manusia serta apa bantuan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan,” katanya semasa sesi perbahasan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Mengenai masalah air di Pulau Sebatik, Hassan mencadangkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) membangunkan sumber air baharu di kawasan tadahan hujan di kawasan Pulau Sebatik.

Katanya, sumber air baharu yang terletak kira-kira lapan kilometer dari loji rawatan air sedia ada berpotensi untuk dibangunkan sebagai langkah penyelesaian jangka panjang kerana pulau itu sedang berhadapan dengan kekeringan kolam takungan air akibat kemarau pada masa ini.

“Sumber air sedia ada perlu dibangunkan dan dinaik taraf untuk memastikan proses membekalkan air bersih yang terawatt di seluruh kawasan Pulau Sebatik dapat dilakukan,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN