Bilah kipas patah hampir kena bayi - Utusan Malaysia

Bilah kipas patah hampir kena bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang lelaki berkongsi detik cemas yang dialami gara-gara kipas siling yang rosak dan hampir mengenai bayinya berusia tiga bulan.

Lapor berita.mediacorp, Matthew Ong berkata, sebelum kejadian Isnin lalu, dia menghidupkan suis kipas siling di bilik tidur utama sebelum meninggalkan bayinya dalam bilik itu.

Dia kemudian terdengar bunyi dentuman yang kuat dari bilik itu, lalu memeriksa kembali keadaan di ruang tersebut.

“Saya menyedari salah satu bilah kipas tersebut patah dan melantun terkena almari dan dinding, sebelum jatuh berdekatan katil bayi.

“Mujur saya baru sahaja bawa keluar bayi beberapa minit sebelum kejadian. Tiada sesiapa di dalam bilik ketika itu. Hanya selang beberapa minit sahaja sebelum insiden,” katanya berkongsi insiden itu menerusi catatan di Facebook ‘Complaint Singapore’.

Susulan itu, Ong menghubungi syarikat pengilang, Fanco Fan Marketing dan pihak syarikat menghantar pemasangan bilah kipas baharu ke kediamannya.

Hasil pemeriksaan mendapati kipas tersebut dipasang terlalu dekat dengan almari pakaiannya sehingga menyebabkan bilah kipas patah.

Untuk rekod, lelaki itu membeli kipas tersebut di Shopee pada 2021 dan mendapatkan khidmat kontraktor pihak ketiga memasangnya.

Bagaimanapun, dia menolak tawaran syarikat itu untuk menggantikan bilah kipas yang patah dan sebaliknya, meminta pampasan dalam bentuk wang tunai.

Namun begitu, dia belum menerima sebarang respons daripada syarikat meskipun sudah menghantar beberapa emel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya