Baru lima hari sepi, ada yang dah ‘arwahkan’ saya - Noorkhiriah - Utusan Malaysia

Baru lima hari sepi, ada yang dah ‘arwahkan’ saya – Noorkhiriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak mengambil serius apatah lagi berkecil hati apabila berdepan dakwaan kononnya sudah meninggal dunia, pelakon, Noorkhiriah sebaliknya positif kerana kematian itu sesuatu yang pasti kelak.

Kongsi Noorkhiriah, dia menganggap usikan seorang individu di media sosial itu sebagai satu peringatan untuk dirinya sendiri supaya sentiasa mengingat kematian.

“Kakak hidup lagi dik, baru lima hari tak ‘posting’ apa-apa, awak dah ‘arwahkan’ akak. Besar juga harapan kakak dengan umur yang tinggal ini, kakak tak sia-siakan lagi.

“Tak apa, jangan marah andai dia silap tulis. Itu memang akan jadi kenyataan. Semua nanti akan mati, santai saja,” katanya.

Dalam masa sama, pelakon Kerana Cintamu Saerah itu juga memaafkan sahaja individu tersebut dan mendoakan agar semua urusan hidup peminatnya dipermudah.

“Komen-komen kalian buat akak terhibur, mohon maaf tak dapat balas satu-satu. Apapun, sama-samalah kita memaafkan satu sama lain. Semua kita bakal jenazah.

“Semoga Allah terima taubat dan semua amal ibadat kita, insya-Allah,” kongsinya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya