KAJANG: Seorang bapa didakwa atas pertuduhan membunuh anak kandung berusia enam bulan di Mahkamah Majistret di sini semalam. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Mohamad Aizat Samin, 25, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurdiyanah Mohd. Nawawi. Pengakuan tidak direkodkan kerana kes bunuh itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. “Faham, (pertuduhan)” katanya ringkas. Mengikut pertuduhan Mohamad Aizat didakwa membunuh anak kandungnya Muhammad Aysar Wildan yang berusia enam bulan…










