Apa yang berlaku mematangkan saya - Che Ta Pot Pet bersyukur kes saman selesai - Utusan Malaysia

Apa yang berlaku mematangkan saya – Che Ta Pot Pet bersyukur kes saman selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG: Penyanyi dan usahawan kosmetik, Rozita Baharom bersyukur apabila karier seni serta perniagaannya kembali pulih selepas terkesan dengan kontroversi kes saman fitnah terhadap rakan usahawan, Iddin Syah yang selesai secara baik pada 19 Mac lalu.

Rozita atau lebih popular sebagai Che Ta Pot Pet menjelaskan, pengalaman tersebut juga banyak mengajarnya untuk lebih matang dan tenang dalam mengendali konflik terutama melibatkan udang-undang.

“Sebenarnya saya tak boleh nak ulas lanjut tentang isu itu. Satu sudah selesai dan saya juga dalam masa sama, menghormati keputusan mahkamah. Alhamdulillah saya bersyukur.

“Sekarang, saya boleh meneruskan karier dan perniagaan saya seperti biasa dengan lebih tenang. Itu adalah satu ujian yang membuatkan saya lebih matang dan tenang,” katanya kepada mStar.

Che Ta Pot Pet berkongsi perkara itu ketika ditemui ketika hadir ke Majlis Iftar Raya 2024 Rusa X MVM baru-baru ini.

Tambah penyanyi lagu Aku Yang Kau Mahu itu menambah, kontroversi itu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap dia terutama apabila kes tersebut melibatkan mahkamah.

“Semestinya kes itu agak memberi kesan negatif, tapi biasalah ekonomi dunia sekarang juga sedang mengalami krisis.

“Tapi selepas selesai, semua berjalan lancar dan saya bersyukur tentang perubahan tu. Saya terus jalan ke depan. Fokus kembali dengan perniagaan dan mungkin ada kejutan untuk karjaya seni saya nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, pengasas produk Secret Desire itu bersyukur kerana dia sentiasa menerima sokongan daripada keluarga, pasukan dan pengikutnya di media sosial.

“Sumber kekuatan sejak awal adalah keluarga, pengikut di media sosial serta pasukan saya yang sentiasa menyokong. Walaupun tak ramai tapi insya-Allah akan berkembang lagi selepas ini,” jelasnya.

Terdahulu, Rozita memfailkan saman fitnah sebanyak RM16 juta terhadap Iddin di Mahkamah Tinggi Georgetown, Pulau Pinang pada Ogos tahun lalu.

Namun, Iddin memohon maaf secara terbuka selain bersetuju jumlah wang RM150,000 yang menjadi pertikaian sebelum ini dianggap sudah selesai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya