MELAKA: Pengusaha produk makanan tempatan sekitar Klebang di sini, disaran mewujudkan sebuah galeri sebagai salah satu tarikan pelancongan selaras dengan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong berkata, ini kerana kawasan itu mempunyai banyak produk makanan tempatan seperti perusahaan serbuk kopi di Pulau Gadong, Tanjung Kling dan Bukit Rambai yang telah wujud sejak puluhan tahun. Menurutnya, selain itu kuih nanas baba dan…