Akmal Saleh kena tahan sebelum sempat hadiri program Pemuda UMNO 

Akmal Saleh kena tahan sebelum sempat hadiri program Pemuda UMNO 

MUHAMMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhammad Akmal Saleh ke Sabah hari ini bagi menghadiri program Kembara Ramadan Pemuda UMNO sebelum ditahan pasukan polis berhubung isu stoking tertera kalimah Allah.

Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, Muhammad Akmal  ditahan di lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada pukul 10.40 pagi ini.

“Kami datang ke sini bagi menghadiri program Kembara Ramadan Pemuda UMNO, tiba-tiba ditahan oleh lima ke enam orang pegawai dan dibawa ke IPD Kota Kinabalu.

“Sekarang dia masih sedang diambil keterangan oleh pihak polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Muhamad Akmal memaklumkan beliau ditahan di IPD Kota Kinabalu dan perkara itu disahkan melalui laman sosial Facebook rasminya.

“Saya ditahan di IPD Kota Kinabalu pagi ini walaupun sudah dijadualkan untuk memberi keterangan esok di IPD Dang Wangi,” tulisnya ringkas.

Hafiz dalam masa yang sama turut memaklumkan Ketua Pemuda UMNO itu memberi kerjasama yang baik kepada polis.

“Kita faham kerja polis, tetapi mestilah kita terkejut, macam tak boleh nak tunggu esok kah sampai kena tahan hari ini? Ia seperti ada arahan istimewa yang siasatan itu perlu dijalankan hari ini juga,” ujarnya.

PDRM dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan menjelaskan terdapat dua laporan polis berkaitan ucapan dan tindakan Ketua Pemuda UMNO berhubung isu stoking tertera kalimah Allah.

Kes disiasat di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×