Agong titah  ATM buat siasatan terperinci 

Agong titah  ATM buat siasatan terperinci 

SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan terperinci bagi mendapatkan maklumat berhubung dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak hari ini.

Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa nahas helikopter tersebut.

“Saya dan Raja Zarith berasa amat sedih di atas kehilangan wira-wira negara dalam tragedi ini. Al-Fatihah dan salam takziah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. 

“Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada.

“Saya juga mahukan ATM  menjalankan siasatan terperinci bagi mendapatkan maklumat sepenuhnya berhubung kejadian itu,” titah Seri Paduka  menerusi satu hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Terdahulu, dua helikopter milik TLDM dilaporkan  bertembung  sebelum terhempas ketika sesi raptai sempena Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 di Kem TLDM Lumut, Manjung, Perak.

TLDM mengesahkan sebuah Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan sebuah helikopter FENNEC miliknya terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada pukul 9.32 pagi tadi.

Menerusi satu kenyataan TLDM memaklumkan, insiden tersebut melibatkan seramai 10 orang iaitu masing-masing tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru Fennec TLDM dengan sesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×