4 penerbangan ke Sabah dijadual semula - AirAsia

4 penerbangan ke Sabah dijadual semula – AirAsia

SEBANYAK empat penerbangan syarikat AirAsia melibatkan laluan ke Sabah akan dijadualkan semula berikutan letusan kedua Gunung Ruang di Sulawesi, Indonesia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sebanyak empat penerbangan syarikat AirAsia melibatkan laluan ke Sabah akan dijadualkan semula berikutan letusan kedua Gunung Ruang di Sulawesi, Indonesia hari ini.

AirAsia memaklumkan, penerbangan itu melibatkan antara Kuala Lumpur serta Tawau dengan nombor penerbangan AK5751 dan AK5752.

Ia turut melibatkan antara Kota Kinabalu serta Tawau dengan nombor penerbangan AK6270 dan AK6271.

“Kami akan terus memantau situasi dan akan menyalurkan maklumat berhubung perkembangan terkini,” katanya tadi.

Terdahulu, sebanyak 214 penerbangan keluar masuk ke Sabah dan Sarawak terpaksa dibatalkan susulan letusan gunung berapi berkenaan pada 16 April lalu.

Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan, pembatalan kesemua penerbangan itu menjejaskan seramai 33,864 penumpang yang keluar masuk dari dua negeri terbabit untuk tempoh dua hari, susulan letusan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya