4 kereta musnah dalam kebakaran di parkir pangsapuri

4 kereta musnah dalam kebakaran di parkir pangsapuri

ANGGOTA bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran yang melibatkan empat buah kereta di kawasan parkir Mutiara Idaman, Jelutong, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Empat buah kereta hampir musnah dalam satu kebakaran di Mutiara Idaman di Jelutong di sini kira-kira pukul 3.50 petang tadi.

Ketika kejadian, kesemua kenderaan tersebut diletakkan bersebelahan di kawasan parkir berhampiran pangsapuri tersebut.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran berkenaan.

“Tiga daripada empat buah kereta itu iaitu sebuah Perodua Kancil, Honda Accord dan Perodua Myvi yang dianggarkan mengalami kemusnahan sehingga 70 peratus manakala sebuah lagi kereta iaitu Proton Saga BLM pula mengalami kemusnahan sebanyak 20 peratus.

“Api berjaya dipadam pada pukul 4.16 petang dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira setengah jam kemudian.

“Ketika kejadian juga, tidak ada mangsa yang dilaporkan terlibat,” katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, ketika ini, punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN