1,698 kes denggi, 1 kematian direkod minggu pertama Aidilfitri

1,698 kes denggi, 1 kematian direkod minggu pertama Aidilfitri

SEMBURAN kabus fogging dilakukan di sebuah taman perumahan di Port Dickson yang bertujuan bagi mengawal penyakit denggi daripada merebak.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kes demam denggi menurun daripada 2,487 kes kepada 1,698 kes pada minggu pertama Aidilfitri iaitu dalam tempoh 7 hingga 13 April lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, sebanyak satu kematian direkodkan dalam tempoh berkenaan akibat komplikasi demam denggi.

Katanya, angka kes itu itu menjadikan jumlah kumulatif kes penyakit itu adalah sebanyak 48,329 kes berbanding 33,325 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

“Ia melibatkan sejumlah 35 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding 21 kematian bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Muhammad Radzi, bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada minggu berkenaan adalah sebanyak 107 lokaliti berbanding 119 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 87 lokaliti dilaporkan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (sembilan), Pulau Pinang (empat), Kedah (dua) manakala Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah masing-masing satu kes.

Dalam pada itu, bagi survelan chikungunya pula, sebanyak dua kes direkodkan pada minggu berkenaan menjadikan jumlah kumulatif sehingga kini adalah 23 kes dengan satu wabak Chikungunya masih aktif.

Mengulas mengenai survelan zika, Dr. Muhammad Radzi berkata, sebanyak 740 sampel darah dan empat sampel urin telah dijalankan saringan dan hasil kesemuanya adalah negatif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya