Warna mata kekuningan, Joey Graziadei sahkan hidap sindrom Gilbert sejak remaja - Utusan Malaysia

Warna mata kekuningan, Joey Graziadei sahkan hidap sindrom Gilbert sejak remaja

Joey Graziadei
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Bintang program realiti, Joey Graziadei, mengesahkan dirinya menghidap sindrom Gilbert sejak usia remaja.

Pengakuan itu dibuat Graziadei sambil menjelaskan tentang kondisi kesihatannya menerusi Instagram, semalam.

“Saya sedar ramai yang hairan dengan keadaan warna mata saya yang kekuningan sehingga ada yang menamakan keadaan itu sebagai mata kuning si Joey.

“Saya ketika remaja pernah membuat pemeriksaan dan doktor mengesahkan saya menghidap kondisi yang dinamakan sindrom Gilbert selepas mendapati bacaan bilirubin (pigmen hempedu berwarna kuning) agak tinggi sehingga mengakibatkan saya mengalami demam kuning,” tulisnya.

Graziadei sebelum ini mencetuskan kerisauan peminatnya gara-gara keadaan warna matanya yang kekuningan.

Dalam penjelasan itu, jejaka berusia 28 tahun ini juga memaklumkan kondisi yang dialaminya bukan penyakit berbahaya seperti penyakit hipetitis.

“Ia adalah keadaan biasa yang berlaku apabila buah pinggang kita tidak memproses bilirubin sepenuhnya.

“Itupun saya mula mengenal pasti selepas mendapati peningkatan pigmen tersebut menerusi ujian darah,” kongsinya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya