HULU TERENGGANU: Seorang wanita berusia 49 tahun ditahan polis selepas dipercayai cuba menyamun dan cederakan pasangan suami isteri warga emas dalam kejadian di Felda Bukit Bading, dekat sini, Rabu lalu. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, suspek yang merupakan seorang suri rumah ditahan di hadapan jalan besar berhampiran Balai Polis Ajil, dekat sini, kira-kira pukul 4.50 petang semalam Menurut beliau, kes cubaan samun dilakukan…