Wanita dicabul rakan sekerja warga asing

Wanita dicabul rakan sekerja warga asing selepas tanya berat badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pembantu jualan wanita melalui detik hitam apabila dipercayai dicabul rakan sekerjanya di sebuah pasar raya di Taman Permata di sini, Khamis lalu. 

Wanita berusia 32 tahun itu dikatakan dipeluk, dicium dan diraba lelaki warga asing yang berusia 27 tahun sebelum tampil membuat laporan polis. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 4.45 petang hari kejadian.

Katanya, mangsa mendakwa selepas habis waktu bekerja di bahagian stor simpanan, suspek bertanyakan mengenai berat badannya. 

“Suspek kemudian bertindak memeluk dan mengangkat mangsa dari arah belakang. Mangsa turut dicium pada bahagian pipi dan badannya diraba suspek. Suspek juga cuba mencium mulut mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan, Mohd. Azam berkata, sepasukan anggota polis menjalankan siasatan dan menahan suspek di Jalan Taman Permata dekat sini pada pukul 2.30 petang semalam.

Jelasnya, suspek ditahan reman empat hari sehingga Selasa ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN